Mengenai Saya

Ng Yueh Huah D20102044999 Bahasa Melayu

Sabtu, 10 Disember 2011

Contoh aktiviti P&P bagi membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV

  1. Guru boleh menggunakan gambar atau benda yang terdapat di persekitar murid seperti buku.  Guru membimbing murid menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV.  
  2. Murid menyebut perkataan lain yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan gambar seperti gigi, mata, kuku, guru dan sebagainya.
  3. Murid mengeja dan membaca perkataan pada kad perkataan yang bergrid.  Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau dalam kumpulan.
  4. Murid menjalankan latih tubi membaca tanpa kad yang bergrid.
  5. Murid membaca frasa dan ayat yang mempunyai perkataan suku kata terbuka KV+KV seperti:
          buku baharu.
          ini buku baharu Hasu.

Kemahiran dan Objektif Literasi Asas Tahun 2

Kemahiran literasi asas tahun 2 termasuklah:
  • Membaca dan memahami perkataan
  • Membina dan menulis perkataan
  • Membaca dan memahami frasa
  • Membina dan menulis frasa
  • Membaca dan memahami ayat
  • Membina dan menulis ayat
Ia adalah diharapkan murid tahun 2 dapat membaca, memahami, mencerakin, membina dan menulis perkataan mengikut susunan suku kata terbuka dan tertutup, digraf, diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung,  berimbuhan awalan dan akhiran, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Teknik Pengajaran Dalam P&P

Teknik pengajaran dan pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk belajar, tetapi guru harus mengambil kira faktor latar belakang murid untuk menentukan teknik yang dipilih.  Antara teknik pengajaran termasuklah:
  • Bercerita
  • Bersyarah
  • Perbincangan
  • Permainan
  • Latih Tubi
  • Hafalan 
  • Simulasi
  • Demonstrasi
  • Penyoalan
  • Main Peranan
  • Lakonan
  • Penyelesaian Masalah
  • Sumbang Saran
Guru juga boleh menggunakan aktiviti pengajaran seperti:
  • Menyanyi
  • Bermain
  • Melukis
  • Membaca
  • Berbincang
  • Menulis
  • Mengira
  • Membuat Model
  • Menyelesaikan Masalah
Selain aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah menarik, ia juga hendaklah ada potensi yang tinggi agar isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan adalah jelas.  Aktiviti -aktiviti yang disediakan perlu dalam urutan yang baik dan mampu mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan.