Mengenai Saya

Ng Yueh Huah D20102044999 Bahasa Melayu

Selasa, 6 Disember 2011

Membaca bagi murid LINUS

Murid-murid LINUS saya sukar membaca walaupun bagi sesuatu perkataan kerana mereka menghadapi masalah mengeja suku kata.  Kemahiran membaca harus dipupuk dengan tersusun dan berkesan.  Untuk membolehkan murid-murid saya membaca sesuatu perkataan dengan betul, saya akan meminta anak murid saya mengeja sebelum membaca sesuatu perkataan. 

Kalau mereka tidak boleh membaca dengan betul selepas mengeja, saya akan meminta mereka mengeja berulang-ulang sehingga mereka boleh membaca perkataan tersebut dengan betul.  Di samping itu, saya perlu membimbing mereka dengan penuh kesabaran kerana keupayaan mereka dalam membaca adalah tidak sama atau lambat berbanding dengan murid biasa, justeru kaedah yang saya gunakan perlu berbeza.

Saya telah menjalankan program bacaan awal pagi Bahasa Melayu khas bagi murid-murid LINUS saya.  Saya telah memilih beberapa murid tahun 3 untuk menolong saya membimbing murid-murid LINUS saya mengeja suku kata.  Bagi murid LINUS yang sangat lemah, saya akan mengatur setiap murid akan belajar dengan seorang kakak atau abang.  Di samping itu, murid-murid yang membantu saya seronok menjalankan tugasan ini dan mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiran membaca Bahasa Melayu.  Mereka juga berasa bangga kerana telah menjadi "abang atau kakak penolong".       

Setelah mereka dilatih 1 tahun, saya mendapati murid-murid LINUS saya dapat membaca petikan dengan baik tetapi ia adalah berjalan langkah demi langkah.  Murid-murid LINUS perlu mahir membaca suku kata dan seterusnya perkataan, ayat dan akhirnya petikan.  Saya berpendapat guru, kakak atau abang yang mengajar mereka membaca perlu sentiasa memberi galakkan.   

Saya mendapati cara ini sangat berkesan kerana mereka senang dan suka belajar dengan abang atau kakak yang mengajar mereka.  Abang dan kakak yang mengajar murid-murid LINUS adalah sangat kreatif kerana mereka telah menggunakan pelbagai kaedah seperti mengadakan pertandingan, gabungan membaca dan mereka juga akan menyediakan hadiah bagi murid LINUS.  Kaedah yang digunakan perlu diubahsuaikan mengikut kemampuan murid.  Kemahiran membaca perlu dilatih berulang-ulang dan akhirnya murid LINUS yang lemah dalam membaca dapat juga menguasai kemahiran membaca.  Oleh itu, sebagai guru kita tidak boleh abaikan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan